PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Kesedaran

PROGRAM E-CYCLE DAY 2.0 SEMPENA HARI BUMI 2026

Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor dengan kerjasama Junior Chamber International (JCI) Johor Bahru 21/04/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM E-CYCLE DAY 2.0 SEMPENA HARI BUMI 2026
Tahun
2026
Organisasi
Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor dengan kerjasama Junior Chamber International (JCI) Johor Bahru
Lokasi
JOHOR BAHRU

Penerangan

18 APRIL 2026- Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor dengan kerjasama Junior Chamber International (JCI) Johor Bahru telah berjaya menganjurkan Program E-Cycle Day 2.0 bersempena sambutan Hari Bumi 2026 di Sutera Mall. Program ini merupakan satu inisiatif kolaborasi strategik bersama pihak Sutera Mall dalam memperkenalkan tong kitar semula e-waste pertama di Johor yang dilengkapi teknologi pengenalan AI (E-Waste AI Recognition Recycling Bin). Inisiatif ini bertujuan menyediakan kaedah yang lebih mudah, pintar dan sistematik kepada orang ramai dalam mengurus serta melupuskan sisa elektronik dengan betul, di samping meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pengurusan dan pelupusan sisa elektrik dan elektronik. Program turut dimeriahkan dengan kehadiran maskot E-Cha yang berperanan sebagai medium interaktif dalam menyampaikan mesej kepentingan kitar semula e-waste kepada pengunjung, khususnya golongan kanak-kanak dan keluarga.