PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

OPERASI GEMPUR PERINGKAT KEBANGSAAN SEMPENA SAMBUTAN HARI PENGUATKUASA JAS 2026

JAS SELANGOR 20/04/2026 3 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI GEMPUR PERINGKAT KEBANGSAAN SEMPENA SAMBUTAN HARI PENGUATKUASA JAS 2026
Tahun
2026
Organisasi
JAS SELANGOR
Lokasi
SELANGOR

Penerangan

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah melaksanakan Ops Gempur Peringkat Kebangsaan pada 6 hingga 10 April 2026 bagi memastikan tahap pematuhan premis industri terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 serta perintah dan peraturan di bawahnya sentiasa dipatuhi. Sebanyak 56 premis telah disasarkan melibatkan kategori: - Premis Yang Bukan Ditetapkan - Premis Pemerolehan Kembali Buangan Terjadual - Premis Kitar Semula - Scrap Metal Sebanyak 138 tindakan penguatkuasaan telah diambil terhadap premis yang gagal mematuhi peruntukan undang-undang seperti berikut: - 35 Notis Arahan - 56 Kompaun - 23 Tindakan Mahkamah - 24 Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) Operasi ini melibatkan 48 anggota penguatkuasa JAS Negeri Selangor yang digerakkan secara bersepadu bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan keberkesanan tindakan penguatkuasaan. - Peringatan: Semua pihak diingatkan untuk sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 serta peraturan-peraturan yang berkuat kuasa demi kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan bersama. Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama