Koleksi Gambar / Program Kesedaran

JAS SELANGOR RANGKUL ANUGERAH STORYMAPS TERBAIK

Oleh normuhamad · 20/04/2026 · 1 paparan

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah berjaya merangkul Anugerah StoryMaps Terbaik dalam Majlis Anugerah Geospatial Jabatan Alam Sekitar 2026 yang berlangsung di Le Quadri Kuala Lumpur pada 6 April 2026. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh YBrs. Puan Hajah Azuri Azizah binti Saedon, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Jabatan Alam Sekitar. Pembentangan StoryMaps bertajuk “Kebakaran Tapak Sampah Haram Sungai Purun dan Sungai Tangkas” telah disampaikan oleh En. Abd Aziz Bin Ismail, Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar Kanan daripada JAS Negeri Selangor Cawangan Kajang. Kejayaan ini membuktikan komitmen dan dedikasi berterusan JAS Negeri Selangor dalam pemantauan dan pengawasan alam sekitar melalui penggunaan teknologi geospatial di lapangan.

Penganjur
JAS HQ
Lokasi
KUALA LUMPUR
Fail / Media (3)
  • 20261704152228558.jpg .jpg Buka
  • 20261704152231652.jpg .jpg Buka
  • 20261704152234643.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS