Penerangan
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah menerima jemputan daripada Kolej Komuniti Selayang bagi menyampaikan ceramah berkaitan Kampus Lestari – Anugerah Alam Sekitar (KLAAS). Program KLAAS Kitaran Pertama telah dibuka untuk penyertaan bagi semua Institut Pengajian Tinggi (IPT) bermula pada 1 Disember 2025 sehingga 31 Januari 2027.
Program KLAAS adalah merupakan inisiatif JAS, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam membudayakan amalan kelestarian di kampus melalui penglibatan aktif warga IPT. Program KLAAS ini terbuka kepada lima (5) kategori IPT iaitu:
• Universiti Awam
• Institusi Pendidikan Tinggi Swasta
• Institut Pendidikan Guru Malaysia
• Politeknik
• Kolej Komuniti
Ceramah telah disampaikan oleh Pn. Noorhasliana binti Sazali, Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan, JAS Negeri Selangor. Seramai 60 orang peserta yang terdiri daripada tenaga pengajar dan warga kampus kolej telah menyertai program tersebut.
Semoga sesi perkongsian tersebut dapat membantu pihak kolej dalam melaksanakan program/aktiviti kelestarian demi membina kampus yang lestari, berdaya saing dan berimpak tinggi.