PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti ยท Program Kesedaran

PAMERAN DAN DEMONSTRASI BAGI PROGRAM MINGGU STEM DI SMK PEDU

JAS KEDAH 17/04/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PAMERAN DAN DEMONSTRASI BAGI PROGRAM MINGGU STEM DI SMK PEDU
Tahun
2026
Organisasi
Jabatan Sains dan Matematik SMK Pedu & Jabatan Teknik dan Vokasional SMK Pedu
Lokasi
SMK PEDU, KUALA NERANG, KEDAH

Penerangan

Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah telah bersama-sama memeriahkan dan menjayakan Program Minggu STEM di SMK Pedu, Kuala Nerang. Program tersebut telah dianjurkan oleh Jabatan Sains dan Matematik SMK Pedu & Jabatan Teknik dan Vokasional SMK Pedu. Perasmian program telah disempurnakan oleh Puan Siti Rosnani Binti Hashim, SISC+ Sains & Matematik, Pejabat Pendidikan Daerah Padang Terap. Antara aktiviti yang telah dirancang sepanjang program ini berlangsung adalah bermain puzzle, rawatan akupuntur, pameran agensi dan soalan kuiz. Program telah dimeriahkan oleh para pelajar dan guru yang hadir menjayakan program karnival tersebut. Pegawai SISC+ Sains & Matematik, PPD Padang Terap turut bersama-sama di bawa ke reruai pameran JAS. Aktiviti pendaftaran Rakan Alam Sekitar dan pameran dibuka untuk menarik minat para pelajar untuk berkunjung ke ruang pameran JAS. Dengan adanya program seperti ini dapat memberi kesedaran berkaitan aspek pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar kepada masyarakat khususnya di negeri Kedah selaras dengan tema JAS 'Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama' dan hasrat kerajaan negeri iaitu "Kedah Sejahtera Lestari Bersama".