PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

SIASATAN ADUAN PEMBAKARAN TERBUKA DI CHERAS DAN ALAM DAMAI

JAS WP KUALA LUMPUR 17/04/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIASATAN ADUAN PEMBAKARAN TERBUKA DI CHERAS DAN ALAM DAMAI
Tahun
2026
Organisasi
JAS WPKL
Lokasi
Cheras dan Alam Damai

Penerangan

13 APRIL 2026, KUALA LUMPUR – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah mengambil tindakan segera susulan aduan awam mengenai aktiviti pembakaran terbuka melalui siasatan tapak di sekitar premis kediaman pengadu di Cheras dan Alam Damai. Hasil pemeriksaan di lapangan mendapati punca asap yang dilaporkan bukanlah daripada aktiviti pembakaran terbuka (PT), sebaliknya berpunca daripada aktiviti menyalai ikan di kawasan tersebut. Memandangkan perkara ini melibatkan isu bau dan gangguan ketenteraman penduduk, kes tersebut akan dirujuk kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk tindakan lanjut di bawah kategori kacau ganggu. Meskipun kes ini diklasifikasikan sebagai kacau ganggu, JAS WPKL ingin menegaskan agar orang awam sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan 2024) serta peraturan di bawahnya. Pematuhan ini amat kritikal bagi mencegah sebarang bentuk pencemaran yang boleh menjejaskan kualiti udara dan tahap kesihatan awam. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswpkl #alamsekitartangggungjawabbersama