Penerangan
13 APRIL 2026, KUALA LUMPUR – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah mengambil tindakan segera susulan aduan pembakaran terbuka melalui siasatan tapak secara menyeluruh di sekitar premis kediaman pengadu di Pantai Dalam.
Sehubungan itu, orang awam digesa untuk sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 pindaan (2024) serta peraturan yang sedang berkuat kuasa. Adalah diingatkan bahawa kegagalan mematuhi undang-undang ini bukan sahaja boleh mengundang tindakan tegas, malah mengakibatkan pencemaran udara yang menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan komuniti setempat.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaswpkl
#alamsekitartangggungjawabbersama