PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

PEMERIKSAAN PENGUATKUASAAN EIA BAGI PROJEK DATA CENTRE BRIDGE

JAS WP KUALA LUMPUR 17/04/2026 4 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMERIKSAAN PENGUATKUASAAN EIA BAGI PROJEK DATA CENTRE BRIDGE
Tahun
2026
Organisasi
JAS WPKL
Lokasi
Technology Park Malaysia

Penerangan

13 APRIL 2026, KUALA LUMPUR – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah menjalankan pemeriksaan Penguatkuasaan EIA ke atas Projek Penswastaan Data Centre Bridge di Technology Park Malaysia (TPM). Pemantauan berkala ini bertujuan memastikan setiap syarat- syarat kelulusan laporan EIA dipatuhi dengan tegas pada setiap fasa pelaksanaan projek. Adalah menjadi tanggungjawab utama penggerak projek dan pihak kontraktor untuk sentiasa mematuhi peruntukan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 pindaan (2024). Komitmen ini amat kritikal bagi memastikan operasi pembangunan tidak menjejaskan kelestarian alam sekitar, sekali gus meminimumkan sebarang impak negatif terhadap komuniti setempat. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswpkl #alamsekitartangggungjawabbersama