Oleh carolhumairah · 17/04/2026 · 0 paparan
13 APRIL 2026, KUALA LUMPUR – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah menyempurnakan siri lawatan pertama ke beberapa buah sekolah dan masjid hari ini bagi acara penyerahan sijil penghargaan serta sumbangan hasil kutipan e-waste melalui Program Gema Lestari Ramadan 1447H. Institusi yang terlibat dalam siri pertama ini merangkumi: Sektor Pendidikan: SK Desa Pandan, SMK Puteri Wilayah dan SK Bukit Damansara. Institusi Masjid: Masjid Al-Ghazali, Masjid Usamah bin Zaid dan Masjid Salahuddin. Pihak Jabatan amat berharap agar inisiatif ini dapat menjadi pemangkin kepada pembudayaan pengurusan sisa elektronik yang lebih sistematik dalam kalangan warga kota. Usaha ini juga diharapkan dapat memperkukuh sinergi antara pemuliharaan alam sekitar dengan nilai amal jariah, demi menjamin kesejahteraan lestari di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswpkl #alamsekitartangggungjawabbersama
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup