Oleh hashikin · 15/04/2026 · 4 paparan
Bengkel Pemarkahan dan Penilaian Sekolah Lestari bagi Anugerah Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) sesi 2025/2026 telah berjaya dilaksanakan pada 14 dan 15 April 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Alam Sekitar (JAS). Program ini berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Bengkel ini bertujuan untuk membuat penilaian dan pemarkahan terhadap laporan yang dikemukakan oleh sekolah-sekolah yang menyertai program SLAAS melalui sistem MySLAAS. Sebanyak 25 buah sekolah telah menghantar pelaporan untuk dinilai pada sesi kali ini. Seramai 20 orang peserta telah terlibat dalam bengkel ini, terdiri daripada pegawai Jabatan Pendidikan Negeri, Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Majlis Perbandaran Seberang Perai dan Tenaga Nasional Berhad. 5 orang panel penilai telah bertungkus lumus menjalankan proses penilaian dengan teliti dan profesional bagi memastikan setiap laporan dinilai secara adil dan menyeluruh. Sepanjang bengkel berlangsung, kerjasama yang baik serta komitmen tinggi daripada semua pihak telah memastikan proses penilaian berjalan lancar seperti yang dirancang. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua panel penilai dan peserta yang telah memberikan komitmen sepenuhnya dalam menjayakan bengkel ini.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup