Oleh hidayahbulyan · 15/04/2026 · 0 paparan
HARI BERTEMU PELANGGAN JABATAN ALAM SEKITAR W.P. LABUAN TAHUN 2026 14 April 2026 - Program Hari Bertemu Pelanggan Jabatan Alam Sekitar W.P. Labuan telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana meriah dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran wakil daripada pelbagai agensi kerajaan, pihak industri serta orang awam. Program ini telah disempurnakan oleh Tuan Mejar Bersekutu (PA), Zulfadzli bin Zakaria, B.C.K, Pengarah JAS W.P. Labuan. Pelbagai aktiviti telah disediakan sepanjang program seperti pameran alam sekitar, tontonan video kesedaran alam sekitar, pocket talk, pengumpulan eWaste, sesi beramah mesra serta kuiz interaktif yang berjaya menarik minat para pengunjung dari pelbagai peringkat umur. Program ini merupakan satu platform terbaik dalam mendekatkan Jabatan dengan orang ramai di samping menyampaikan maklumat berkaitan pemeliharaan alam sekitar, pengurusan sisa terjadual serta amalan hijau dalam kehidupan seharian. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pengunjung yang hadir dan memberi sokongan padu dalam menjayakan program ini. Semoga usaha murni ini dapat diteruskan demi kelestarian alam sekitar di W.P. Labuan. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswplabuan #alamsekitartanggungjawabbersama #jaswplabuan_april_2026
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup