PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar

GAGAL MEMASTIKAN SISTEM PENGUMPULAN EFLUEN BERFUNGSI, PREMIS KITAR SEMULA PLASTIK DITAHAN OPERASI

JAS Johor 15/04/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
GAGAL MEMASTIKAN SISTEM PENGUMPULAN EFLUEN BERFUNGSI, PREMIS KITAR SEMULA PLASTIK DITAHAN OPERASI
Organisasi
JAS Johor
Lokasi
Kulai

Penerangan

9 APRIL 2026, KULAI - Pasukan penguatkuasa Unit Penguatkuasaan Industri (JB Barat) telah menjalankan siasatan pada sebuah premis berasaskan plastik kitar semula. Tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38a(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dikenakan kepada proses pengeluaran. Didapati aliran air dari penstoran plastik kotor dan cucian plastik telah mengalir masuk kedalam longkang premis yang seterusnya ke longkang awam. Premis perlu memastikan efluen yang terhasil daripada proses pengeluaran termasuk aktiviti cucian perlu dipastikan saluran ke sistem pengolahan efluen perindustrian. Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan sebarang pencemaran alam sekitar tidak berlaku yang boleh menjejaskan kesihatan awam.