Oleh holly · 15/04/2026 · 0 paparan
4 APRIL 2026, KOTA KINABALU - Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Sabah (Kota Kinabalu) telah menjalankan penguatkuasaan bunyi bising daripada motosikal bersama-sama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Bahagian Siasatan & Penguatkuasaan Trafik sempena sambutan Ops Gerak Kebangsaan. Ujian bunyi bising dari ekzos motosikal telah dijalankan oleh pasukan JAS untuk memastikan bunyi bising yang dilepaskan mematuhi standard Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987, AKAS 1974. Operasi bersepadu ini akan sentiasa di jalankan bersama agensi seperti JPJ dan Bahagian Siasatan & Penguatkuasaan Trafik serta agensi berkaitan. Orang ramai adalah digalakkan menyalurkan aduan berkaitan pencemaran alam sekitar talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke [email protected] atau ke portal aduan https://[email protected].
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup