Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan,Program Pengawasan

RONDAAN DARAT OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT) DAN PEMANTAUAN TAPAK PELUPUSAN SAMPAH

Oleh holly · 15/04/2026 · 0 paparan

Kunak, 2 April 2026 – Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Cawangan Tawau telah melaksanakan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) serta pemantauan terhadap Tapak Pelupusan Sampah Kunak (open dumpsite). Rondaan darat meliputi kawasan pengumpulan dan tapak pelupusan sampah serta kawasan sekitarnya. Hasil operasi dan pemantauan mendapati terdapat beberapa loggokan kesan terbakar daripada aktiviti pembakaran terbuka di tapak pelupusan. Pihak Majlis Daerah Kunak telah diberi peringatan untuk menjalankan pemantauan lebih kerap di kawasan tapak pelupusan dan mengambil tindakan pantas untuk memadam kebakaran atau menghubungi pihak Bomba. Jabatan Alam Sekitar Cawangan Tawau akan terus komited melaksanakan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan secara berkala bagi memastikan kualiti udara kekal bersih serta kesihatan awam terus terjaga. Kesalahan pembakaran terbuka boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM25,000 dan tidak melebihi RM1,000,000 atau penjara sehingga lima (5) tahun atau kedua-duanya sekali. Denda tambahan sehingga RM5,000 bagi setiap hari kesalahan berterusan selepas notis diserahkan juga boleh dikenakan. Orang ramai digalakkan menyalurkan sebarang aduan berkaitan pencemaran alam sekitar melalui: Talian bebas tol: 1-800-88-2727 Emel: [email protected] Portal eAduan: https://eaduan.doe.gov.my #NRES #jabatanalamsekitar #jassabah_april2026 #alamsekitartanggungjawabbersama

Penganjur
JAS TAWAU
Lokasi
Tapak Pelupusan Sampah Kunak (open dumpsite), Kunak
Fail / Media (4)
  • 20261304083122581.png .png Buka
  • 20261304083132070.png .png Buka
  • 20261304083140844.png .png Buka
  • 20261304083149576.png .png Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS