Oleh carolhumairah · 15/04/2026 · 0 paparan
9 APRIL 2026, KUALA LUMPUR – Unit Pembangunan Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah melaksanakan Lawatan Input Pembangunan bagi tujuan semakan keperluan Penilaian Kajian Impak Alam Sekitar (EIA). Lawatan ini memfokuskan kepada tapak cadangan pembangunan satu blok pangsapuri 38 tingkat yang merangkumi 545 unit kediaman beserta aras mezanin di lokasi berkaitan. Pihak penggerak projek dan perunding diingatkan supaya sentiasa mematuhi peruntukan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 serta peraturan- peraturan di bawahnya, memandangkan pematuhan ini amat kritikal bagi menjamin kelestarian alam sekitar dan mengelakkan sebarang impak negatif terhadap komuniti setempat. Tujuan utama tinjauan ini dilakukan adalah untuk menilai kesesuaian tapak serta memastikan setiap elemen pembangunan yang dirancang selari dengan garis panduan alam sekitar yang ditetapkan. Langkah proaktif ini penting bagi mengenal pasti potensi impak terhadap ekosistem setempat sebelum ulasan kebenaran merancang dimuktamadkan oleh pihak Jabatan. Adalah diharapkan agar proses semakan ini dapat menjamin kelestarian pembangunan bandar yang seimbang dan selamat. JAS WPKL kekal komited dalam memastikan setiap projek pembangunan memenuhi standard kualiti alam sekitar demi kesejahteraan penduduk serta komuniti sekitar pada masa hadapan. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswpkl #alamsekitartangggungjawabbersama
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup