PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Bengkel

BENGKEL PENILAIAN DAN PEMANTAPAN KOMUNIKASI, PENDIDIKAN DAN KESEDARAN AWAM (CEPA) 2026

JAS WP KUALA LUMPUR 15/04/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
BENGKEL PENILAIAN DAN PEMANTAPAN KOMUNIKASI, PENDIDIKAN DAN KESEDARAN AWAM (CEPA) 2026
Tahun
2026
Organisasi
Jabatan Alam Sekitar melalui Bahagian Komunikasi Strategik (BKS)
Lokasi
Shah Alam

Penerangan

8 - 9 APRIL 2026, SHAH ALAM – Jabatan Alam Sekitar melalui Bahagian Komunikasi Strategik (BKS) telah menganjurkan Bengkel Penilaian serta Pemantapan Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam (CEPA) Tahun 2026. Bengkel yang berlangsung selama dua hari ini diadakan di Hotel Mercure Kuala Lumpur Glenmarie, Shah Alam, Selangor. Tujuan utama bengkel ini diadakan adalah untuk menyelaras dan membincangkan pencapaian pelaksanaan program CEPA bagi sepanjang tahun 2025. Selain itu, sesi ini turut menjadi platform penting bagi meneliti cadangan penambahbaikan serta menangani isu-isu berbangkit bagi memastikan pelaksanaan CEPA pada tahun 2026 menjadi lebih efektif dan dinamik. Melalui bengkel ini, setiap pegawai penyelaras dari Bahagian dan Negeri berpeluang untuk mengemukakan maklum balas serta cadangan penambahbaikan demi memperkasakan lagi strategi kesedaran awam. Usaha berterusan ini adalah selaras dengan komitmen Jabatan dalam meningkatkan literasi alam sekitar di kalangan masyarakat melalui pendekatan komunikasi yang lebih kreatif dan komprehensif. Adalah diharapkan agar hasil daripada bengkel ini dapat memperkukuh kualiti penyampaian program CEPA, seterusnya menyumbang kepada kelestarian alam sekitar melalui penglibatan aktif komuniti di peringkat nasional. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswpkl #alamsekitartangggungjawabbersama