Penerangan
8 APRIL 2026, SELANGOR – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah melaksanakan pemeriksaan Penguatkuasaan EIA bagi Projek Penswastaan Lebuhraya Pantai Baru 2 (NPE 2) di Pantai Dalam. Pemantauan ini dijalankan bertujuan untuk menjamin pematuhan terhadap setiap syarat kelulusan laporan EIA dalam setiap peringkat fasa pelaksanaan projek tersebut.
Pihak penggerak projek dan kontraktor diingatkan agar sentiasa mematuhi peruntukan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 serta peraturan- peraturan dibawahnya. Pematuhan ini amat kritikal bagi menjamin kelestarian alam sekitar yang berterusan serta mengelakkan sebarang impak negatif terhadap komuniti setempat.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaswpkl
#alamsekitartangggungjawabbersama