PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar

SESI JELAJAH FORENSIK ALAM SEKITAR JAS 2026 (ZON SELANGOR)

JAS WP KUALA LUMPUR 15/04/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SESI JELAJAH FORENSIK ALAM SEKITAR JAS 2026 (ZON SELANGOR)
Tahun
2026
Organisasi
Seksyen Perundangan dan Forensik, Bahagian Penguatkuasaan JAS Ibu Pejabat
Lokasi
Jabatan Alam Sekitar Selangor (JAS Selangor)

Penerangan

8- 9 APRIL 2026, SELANGOR – Jabatan Alam Sekitar Selangor (JAS Selangor) telah menjemput Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) bagi menjayakan Sesi Jelajah Forensik Alam Sekitar 2026 yang berlangsung dari 8 hingga 9 April 2026. Program anjuran Seksyen Perundangan dan Forensik, Bahagian Penguatkuasaan JAS Ibu Pejabat ini merupakan inisiatif strategik bagi memantapkan kapasiti siasatan forensik secara berperingkat mengikut zon. Sepanjang sesi, para pegawai telah didedahkan dengan latihan penggunaan peralatan forensik moden seperti Gemini FTIR, Threat ID, CEREX dan EFV. Selain itu, lawatan teknikal ke kilang cat turut dilaksanakan bagi tujuan mengumpul data Sisa Terjadual serta aplikasi pendekatan forensik di lapangan. Bengkel ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan kompetensi pegawai dalam pengendalian aset forensik Jabatan disamping menyeragamkan tatacara siasatan di peringkat lapangan. Selain memperkukuh kerjasama antara negeri dan zon, program ini memastikan setiap tindakan penguatkuasaan diambil berasaskan bukti saintifik dan teknologi forensik terkini. Inisiatif ini adalah selaras dengan matlamat Jabatan untuk meningkatkan kecekapan dalam mengendalikan kes-kes pencemaran alam sekitar secara lebih progresif. Diharapkan ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat diaplikasikan oleh setiap warga kerja dalam tugasan harian. Pemantapan kepakaran ini bakal meningkatkan kualiti penyiasatan JAS, seterusnya memastikan kelestarian alam sekitar terpelihara melalui penguatkuasaan yang jitu dan berintegriti. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswpkl #alamsekitartangggungjawabbersama