PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Kursus

KURSUS PROGRAM PENGAWASAN KUALITI ALAM SEKITAR (EQMP): KURSUS PEMODELAN DAN RAMALAN KUALITI AIR SUNGAI DAN MARIN MENGGUNAKAN WATER QUALITY ANALYSIS SIMULATION PROGRAMME (WASP) PERINGKAT PERTENGAHAN

JAS WP KUALA LUMPUR 15/04/2026 2 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KURSUS PROGRAM PENGAWASAN KUALITI ALAM SEKITAR (EQMP): KURSUS PEMODELAN DAN RAMALAN KUALITI AIR SUNGAI DAN MARIN MENGGUNAKAN WATER QUALITY ANALYSIS SIMULATION PROGRAMME (WASP) PERINGKAT PERTENGAHAN
Tahun
2026
Organisasi
Institut Alam Sekitar Malaysia (EiMAS)
Lokasi
Institut Alam Sekitar Malaysia (EiMAS)

Penerangan

7 - 9 APRIL 2026, KUALA LUMPUR – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah menghadiri Kursus Program Pengawasan Kualiti Alam Sekitar (EQMP): Kursus Pemodelan Dan Ramalan Kualiti Air Sungai dan Marin Menggunakan Water Quality Analysis Simulation Programme (WASP) Peringkat Pertengahan. Kursus ini diadakan di Institut Alam Sekitar Malaysia (EiMAS) bermula 7 hingga 9 April 2026. Penganjuran kursus ini bertujuan untuk memberikan latihan lanjutan kepada para peserta dalam memantapkan penggunaan model WASP sebagai elemen teras utama Sistem Sokongan Keputusan (DSS). Melalui simulasi tersebut, peserta dapat mempertingkatkan kemahiran teknikal bagi mengenal pasti punca pencemaran serta menghasilkan ramalan yang lebih tepat terhadap kualiti air di kawasan sungai dan marin. Diharapkan agar kepakaran yang diperoleh ini dapat diaplikasikan sepenuhnya bagi memperkukuhkan aspek pengawasan kualiti air negara. Langkah ini penting dalam memastikan setiap keputusan dan tindakan penguatkuasaan diambil berasaskan data simulasi yang jitu demi menjamin kelestarian ekosistem air yang berterusan. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswpkl #alamsekitartangggungjawabbersama