Oleh carolhumairah · 15/04/2026 · 0 paparan
6 APRIL 2026, KUALA LUMPUR – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah melaksanakan Ops Gerak Kebangsaan 2026 dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertempat di Jalan Connaught, Kuala Lumpur. Operasi bersepadu ini melibatkan kekuatan seramai 18 orang anggota penguatkuasa, merangkumi 11 orang anggota JAS dan 7 orang anggota PDRM. Fokus utama pelaksanaan operasi adalah memantau tahap pelepasan asap bagi kenderaan bermotor yang menggunakan bahan api petrol dan diesel. Sepanjang tempoh operasi dijalankan, sebanyak 60 buah kenderaan telah diperiksa secara visual, yang terdiri daripada 15 kenderaan petrol dan 45 kenderaan diesel. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 15 buah kenderaan telah menjalani ujian secara teknikal, melibatkan 5 kenderaan petrol serta 10 kenderaan diesel bagi memastikan setiap pelepasan asap mematuhi piawaian yang telah ditetapkan. Orang ramai diingatkan supaya sentiasa memastikan kenderaan masing- masing diselenggara dengan baik selaras dengan Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2024 serta peraturan-peraturan di bawahnya demi kelestarian alam sekitar bersama. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswpkl #alamsekitartangggungjawabbersama
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup