Koleksi Gambar

BENGKEL PENILAIAN DAN PEMANTAPAN PENDIDIKAN DAN KESEDARAN AWAM (CEPA) JAS

Oleh hashikin · 15/04/2026 · 0 paparan

BENGKEL PENILAIAN DAN PEMANTAPAN PENDIDIKAN DAN KESEDARAN AWAM (CEPA) JAS 8–9 April 2026 | Shah Alam Bahagian Komunikasi Strategik (BKS) telah menganjurkan Bengkel Penilaian dan Pemantapan Pendidikan dan Kesedaran Awam (CEPA) 2026 yang menghimpunkan pegawai-pegawai penyelaras CEPA Jabatan Alam Sekitar (JAS) dari seluruh negara. Halatuju Bengkel dan Mesyuarat Penilaian serta Pemantapan CEPA JAS 2026 telah diketengahkan melalui ucapan aluan oleh YBrs. Puan Nor Aziah binti Jaafar, Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik dan ucapan dasar oleh YBrs. Puan Hajah Azuri Azizah binti Haji Saedon, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JAS. Bengkel ini menjadi platform strategik untuk menilai pencapaian CEPA 2025 serta memperkukuh pelaksanaan tahun 2026 agar lebih tersusun, berfokus dan berimpak tinggi. Penekanan diberikan kepada keperluan menilai secara telus pencapaian sedia ada, mengenal pasti jurang, serta merangka pendekatan baharu yang lebih inovatif dan relevan dengan cabaran semasa. Bagi tahun 2026, pelaksanaan CEPA akan memfokuskan kepada tiga anjakan utama iaitu beralih daripada aktiviti kepada impak, daripada penyampaian maklumat kepada pembinaan kepercayaan, serta daripada pelaksanaan secara silo kepada kolaborasi strategik. Program-program seperti Hari Alam Sekitar Negara (HASN), Rakan Alam Sekitar (RAS) dan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) perlu diperkasa sebagai platform yang mampu membentuk perubahan tingkah laku masyarakat ke arah amalan lestari. Selain itu, pendekatan komunikasi, pendidikan dan penglibatan masyarakat perlu diperkukuh melalui penggunaan teknologi digital, kandungan yang lebih berfakta dan mudah difahami, serta pemanfaatan platform seperti Environmental Data Library (EDL) bagi meningkatkan ketelusan dan kepercayaan awam. Bengkel ini juga berperanan sebagai platform dua hala yang memberi ruang kepada pihak JAS negeri untuk mengemukakan isu serta cabaran dalam pelaksanaan program selain berkongsi pengalaman kejayaan pelaksaan CEPA di negeri masing-masing. Beberapa ketetapan penting turut dicapai hasil perbincangan bersama yang akan dimuktamadkan bagi memperkukuh pelaksanaan KPI 2026, selaras dengan usaha memastikan penyampaian perkhidmatan Jabatan terus cemerlang dan memberi impak kepada masyarakat. #jabatanalamsekitar #alamsekitartanggungjawabbersama

Penganjur
Bahagian Komunikasi Strategik (BKS)
Lokasi
Shah Alam
Fail / Media (10)
  • 20261004155210372.jpg .jpg Buka
  • 20261004155222903.jpg .jpg Buka
  • 20261004155233872.jpg .jpg Buka
  • 20261004155240965.jpg .jpg Buka
  • 20261004155248622.jpg .jpg Buka
  • 20261004155300122.jpg .jpg Buka
  • 20261004155309950.jpg .jpg Buka
  • 20261004155315809.jpg .jpg Buka
  • 20261004155321809.jpg .jpg Buka
  • 20261004155331309.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS