Koleksi Gambar

Operasi Ops Hazard 3.0

Oleh hashikin · 15/04/2026 · 0 paparan

Hari ini, YBhg. Dato’ Sri Mohd Khalid bin Haji Ismail, Ketua Polis Negara bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS), KDNKA, AMLA dan LHDN telah mengadakan sidang media berhubung pelaksanaan Operasi Ops Hazard 3.0 yang dijalankan secara bersepadu pada 6 hingga 8 April 2026. Operasi ini merupakan usaha berterusan dalam membanteras jenayah alam sekitar, khususnya aktiviti haram melibatkan premis pemprosesan e-waste. Operasi yang dilaksanakan serentak di seluruh Malaysia ini digerakkan dengan kekuatan seramai 203 pegawai JAS, melibatkan pemeriksaan ke atas 104 premis. Hasil operasi tersebut, sebanyak kira-kira 4,714.00 metrik tan (MT) e-waste berjaya disita dengan anggaran nilai RM23.79 juta. JAS menegaskan bahawa sebarang aktiviti pengurusan buangan terjadual, termasuk e-waste, tanpa kelulusan Ketua Pengarah Alam Sekitar (KPAS) merupakan satu kesalahan serius di sisi undang-undang. Berdasarkan pindaan terkini Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan) 2024, pesalah yang disabitkan boleh dikenakan denda maksimum sehingga RM10 juta dan hukuman penjara tidak melebihi lima (5) tahun. Aktiviti penstoran dan pemprosesan e-waste tanpa kebenaran bukan sahaja melanggar peruntukan undang-undang, malah berpotensi menyebabkan pelepasan bahan pencemar berbahaya ke udara, air dan tanah. Keadaan ini boleh memberi kesan buruk terhadap kesihatan manusia serta menjejaskan kelestarian ekosistem. JAS turut merakamkan penghargaan atas kerjasama erat semua pihak yang terlibat, khususnya Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), serta Wildlife Crime Bureau (WCB) di bawah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA), Polis Diraja Malaysia (PDRM), serta agensi-agensi lain dalam menjayakan operasi ini. #jabatanalamsekitar #alamsekitartanggungjawabbersama #NRES #opshaazard

Penganjur
Jabatan Alam Sekitar
Lokasi
Di seluruh Malaysia
Fail / Media (8)
  • 20261004151449406.jpg .jpg Buka
  • 20261004151457603.jpg .jpg Buka
  • 20261004151505495.jpg .jpg Buka
  • 20261004151512902.jpg .jpg Buka
  • 20261004151518538.jpg .jpg Buka
  • 20261004151525577.jpg .jpg Buka
  • 20261004151533701.jpg .jpg Buka
  • 20261004151544332.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS