PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

PEMERIKSAAN KONTENA

JAS JOHOR 10/04/2026 18 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMERIKSAAN KONTENA
Tahun
2026
Organisasi
JAS JOHOR
Lokasi
Pelabuhan Tanjung Pelepas

Penerangan

Pada 7 April 2026, Unit Penguatkuasaan PYDT JAS Negeri Johor telah menjalankan pemeriksaan ke atas sembilan (9) kontena yang disyaki membawa sisa elektronik (e-waste) di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor. Pemeriksaan dijalankan bersama Unit Pemeriksaan Kargo Kastam Pelabuhan Tanjung Pelepas. Hasil pemeriksaan mendapati 6 buah kontena dari 9 buah kontena yang diperiksa berisi buangan elektrik dan elektronik e-waste (SW110) dan baki 3 kontena berisi buangan scrap metals dan plastik. Persampelan telah dijalankan ke atas buangan elektrik dan elektronik e-waste (SW 110) tersebut untuk pengesahan Jabatan Kimia Malaysia. Jabatan Alam Sekitar mengambil berat akan isu-isu berkaitan pencemaran alam sekitar dan berdedikasi dalam melaksanakan tugas mencegah pencemaran selaras dengan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.