Penerangan
8 April 2026, Nusajaya – Bertindak atas aduan awam, pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor (Unit JB Tengah) telah menjalankan siasatan terhadap sebuah premis pembuatan kepingan batu kuarza.
Penahanan Operasi Kelengkapan telah dikenakan serta merta berikutan pencemaran habuk dan pengeluaran bau daripada aktiviti yang dijalankan. Pihak premis diarahkan untuk mengambil tindakan pembaikan dan langkah kawalan pencemaran yang berkesan.
JAS Johor akan terus mempergiatkan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan semua premis industri mematuhi peruntukan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Orang awam digalakkan menyalurkan sebarang aduan pencemaran alam sekitar melalui saluran rasmi JAS untuk tindakan lanjut.