PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Kesedaran · Program Penguatkuasaan

PROGRAM SEMPENA HARI BUMI 2026 DI TAMAN NEGARA JOHOR TANJUNG PIAI

IJM Corporation Berhad 10/04/2026 8 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM SEMPENA HARI BUMI 2026 DI TAMAN NEGARA JOHOR TANJUNG PIAI
Tahun
2026
Organisasi
IJM Corporation Berhad
Lokasi
TAMAN NEGARA TG. PIAI

Penerangan

7 APRIL 2026 - Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah menjayakan program bersempena Hari Bumi melalui kerjasama strategik anjuran IJM Corporation Berhad – IJM Industry – Industrial Concrete Products Sdn. Bhd. di Taman Negara Johor Tanjung Piai. Program ini melibatkan seramai 50 peserta yang terdiri daripada wakil-wakil IJM Corporation Berhad, Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Johor serta tenaga pengajar dan pelajar-pelajar dari Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Haji Jefridin bin Atan, Ahli Dewan Undangan Negeri Johor bagi kawasan Kukup dan turut diserikan dengan kehadiran Encik Sufian bin Suleiman, Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor. Program kemudiannya diteruskan dengan aktiviti semaian dan penanaman semula pokok bakau sebagai usaha memperkukuh pemuliharaan ekosistem pesisir pantai. Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan semua pihak dalam memupuk kesedaran dan tanggungjawab terhadap pemeliharaan alam sekitar, selaras dengan aspirasi kelestarian demi kesejahteraan generasi masa hadapan.