Koleksi Gambar

PROGRAM PENGUMPULAN BARANGAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK (E-WASTE) ISI RUMAH DI USM

Oleh hashikin · 10/04/2026 · 46 paparan

PROGRAM PENGUMPULAN BARANGAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK (E-WASTE) ISI RUMAH DI USM Program Pengumpulan Barangan Elektrik & Elektronik Household (E-Waste) telah berjaya dilaksanakan pada 30 dan 31 Mac 2025 bertempat di Astaka Padang Kawad, Universiti Sains Malaysia (USM). Program yang berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang ini memberi tumpuan kepada pengumpulan sisa elektrik dan elektronik daripada warga kampus USM sahaja. Sepanjang tempoh dua hari penganjuran, sambutan yang diterima amat menggalakkan dengan penglibatan aktif daripada pelajar, staf serta komuniti dalam kampus. Hasil daripada program ini, jumlah kutipan e-waste telah melebihi 1.2 tan, sekali gus menunjukkan tahap kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan pengurusan sisa elektronik secara lestari. Inisiatif ini bukan sahaja membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar, malah turut menyokong usaha ke arah amalan kitar semula yang lebih sistematik dan bertanggungjawab. Program seumpama ini diharap dapat diteruskan pada masa akan datang bagi meningkatkan kesedaran serta penglibatan masyarakat dalam pengurusan e-waste secara berkesan. Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program ini.

Penganjur
Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang
Lokasi
Astaka Padang Kawad, Universiti Sains Malaysia (USM)
Fail / Media (7)
  • 20260904174138695.jfif .jfif Buka
  • 20260904174153622.jfif .jfif Buka
  • 20260904174208487.jfif .jfif Buka
  • 20260904174220828.jfif .jfif Buka
  • 20260904174238912.jfif .jfif Buka
  • 20260904174254048.jfif .jfif Buka
  • 20260904174312249.jfif .jfif Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS