Oleh nursyuhada · 10/04/2026 · 10 paparan
9 APRIL 2026 NEGERI MELAKA – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Melaka mengingatkan semua pemilik kenderaan komersial, industri dan persendirian supaya sentiasa memastikan kenderaan masing-masing diselenggara secara berkala. Peyelenggaraan ini perlu, bagi mengelakkan pelepasan asap berlebihan dan gas pencemar serta bunyi bising yang boleh mengakibatkan pencemaran alam sekitar dan juga mengganggu ketenteraman awam. Operasi Gerak yang dijalankan oleh JAS bermula pada 06 April 2026 hingga 08 April 2026 adalah bertujuan untuk memastikan kenderaan pengguna jalan raya mematuhi pelepasan asap, gas pencemar dan bunyi yang ditetapkan. Agensi penguatkuasaan yang turut terlibat adalah Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bahagian Trafik IPD Alor Gajah dan Trafik IPD Melaka Tengah, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Melaka, Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Melaka dan Pejabat Peronda Lebuh Raya Zon Selatan 1. Sepanjang tempoh operasi, 94 kenderaan telah diperiksa oleh JAS dan 13 tindakan penguatkuasaan telah dikenakan terhadap pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 3 (tiga) kenderaan telah dikeluarkan tawaran kompaun, 3 (tiga) Perintah Larangan di bawah Peraturan -Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996 serta 3 (tiga) Notis arahan pengujian semula kenderaan dibawah Seksyen 48A, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 telah dikeluarkan. Di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Petrol) 1996, Satu (1) tindakan kompaun dan satu (1) notis pengujian semula dibawah Seksyen 48A, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 telah dikeluarkan, manakala Di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Bermotor) 1987, Satu (1) kenderaan telah dikenakan tindakan kompaun dan Satu (1) notis arahan pengujian semula dibawah Seksyen 48A, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 telah dikeluarkan. Selain daripada pemeriksaan kenderaan, JAS juga telah melakukan pemeriksaan ke atas 2 premis bengkel yang menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan sistem penyejukan dan penyaman udara di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Pengurusan Refrigeran) 2020 dan 2 premis Pengendali Berkumpulan (Fleet Operator) bagi pematuhan di bawah Peraturan -Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996 dan Peraturan- Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual )2005. Daripada pemeriksaan tersebut, satu (1) premis pengendalian Berkumpulan (Fleet Operator) telah dikenakan tindakan Notis Arahan di bawah Seksyen 31 dan 37 supaya mengambil tindakan terhadap pengurusan terjadual manakala 2 kompaun di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 kerana kegagalan mematuhi pengurusan buangan dengan sempurna dari segi rekod inventori pengeluaran serta pelabelan buangan terjadual dan 1 kompaun di Peraturan - Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996 kerana kegagalan mengemaskini rekod buku log. Selain daripada keperluan untuk menyelenggara kenderaan, orang ramai juga melaporkan aduan pencemaran ke talian bebas tol JAS di 1-800-88-2727 atau email ke [email protected] dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my. Saya juga ingin menegaskan bahawa JAS akan mengambil tindakan tegas dan tiada kompromi terhadap penjenayah alam sekitar. #jabatanalamsekitar #alamsekitartanggungjawabbersama
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup