Koleksi Gambar

MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL EIA (EIATRC)

Oleh ayuni · 10/04/2026 · 4 paparan

4 Mac 2026, Kota Bharu - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kelantan telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal EIA (EIA Technical Review Committee, EIATRC) bagi membincangkan Kajian Penilaian Kesan Alam Sekeliling (EIA) untuk cadangan pembangunan kawasan perindustrian seluas 70.7 ekar (sebahagian daripada 158 ekar di PT 15600) di Mukim Bandar Gua Musang, Daerah Galas, Jajahan Gua Musang, Kelantan oleh DXN Materials Sdn. Bhd dan telah dipengerusikan oleh Encik Mohamad Zamzani bin Ibrahim, Timbalan Pengarah JAS Negeri Kelantan. Mesyuarat tersebut melibatkan penyertaan pelbagai jabatan dan agensi teknikal berkaitan bagi membincangkan serta menilai laporan EIA yang telah dikemukakan oleh pihak pemaju melalui jururunding EIA. Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan komited untuk terus bekerjasama dengan semua agensi berkaitan dalam memastikan setiap pembangunan yang dicadangkan dilaksanakan secara bertanggungjawab, terkawal dan selaras dengan usaha memelihara kelestarian alam sekitar.

Penganjur
JAS Kelantan
Lokasi
JAS Kelantan
Fail / Media (3)
  • 20260604155050447.jpg .jpg Buka
  • 20260604155142355.jpg .jpg Buka
  • 20260604155252461.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS