Penerangan
3 APRIL 2026, KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Persekitaran Bukit Bintang di bawah inisiatif KL Lestari LA21KL telah mengadakan mesyuarat berkala kali ke-5 bagi tahun 2026. Mesyuarat yang berlangsung di Hotel Federal Kuala Lumpur ini memfokuskan kepada agenda memperkasakan tahap kebersihan dan kelestarian di zon ikonik ibu kota.
Dua agenda utama yang menjadi tumpuan perbincangan termasuklah pemantauan mengenai status tindakan susulan hasil sesi lawatan tapak (walkabout) yang dijalankan sebelum ini dan persediaan "Jom Bersih Bukit Bintang 25" bagi penyelarasan akhir bagi program Jejak Bersih Bukit Bintang yang dijadualkan pada 25 April 2026. Ini merangkumi pengesahan logistik, penajaan, gimik pelancaran, serta pengisian pendidikan melalui ceramah pengurusan sisa kepada pelajar sekolah dengan kerjasama rakan strategik seperti Alam Flora, SWCorp dan IWK.
Melalui usaha ini diharap dapat terus memelihara imej Bukit Bintang sebagai destinasi pelancongan yang bersih, ceria, dan mampan.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaswpkl
#alamsekitartangggungjawabbersama