Koleksi Gambar

RONDAAN DARAT OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT) DAN PEMANTAUAN PUNCA PENCEMARAN DI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

Oleh hidayahbulyan · 15/04/2026 · 0 paparan

RONDAAN DARAT OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT) DAN PEMANTAUAN PUNCA PENCEMARAN DI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN W.P. LABUAN, 4 April 2026 – Pasukan penguat kuasa Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan (JASWPL) telah melaksanakan rondaan darat di bawah Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) serta pemantauan punca-punca pencemaran alam sekitar selaras dengan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Rondaan meliputi kawasan perindustrian, jeti pelabuhan, lokasi pendaratan kapal, alur alir, kawasan perumahan, kampung serta pesisir pantai di sekitar WPL. Hasil operasi mendapati terdapat satu (1) kes pembakaran terbuka. Teguran serta tindakan penguatkuasaan telah diambil terhadap pihak yang terlibat. Selain itu, pemantauan di kawasan perindustrian dan perumahan turut dilaksanakan bagi memastikan tiada potensi pencemaran berlaku. Hasil pemeriksaan mendapati tiada kejadian pencemaran atau aktiviti mencurigakan dikesan. Rondaan juga diperluaskan ke kawasan pantai, sungai dan paya bakau bagi mengesan petunjuk pencemaran seperti tar ball, oil sheen dan kesan-kesan lain. Pemeriksaan mendapati tiada tanda pencemaran atau aktiviti mencurigakan di kawasan tersebut. Kesalahan pembakaran terbuka boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM25,000 dan tidak melebihi RM1,000,000 atau penjara sehingga lima (5) tahun atau kedua-duanya sekali. Denda tambahan sehingga RM5,000 bagi setiap hari kesalahan berterusan selepas notis diserahkan juga boleh dikenakan. Orang ramai digalakkan menyalurkan sebarang aduan berkaitan pencemaran alam sekitar melalui: Talian bebas tol: 1-800-88-2727 Emel: [email protected] Portal eAduan: https://eaduan.doe.gov.my #NRES #JabatanAlamSekitar #JASWPLabuan #AlamSekitarTanggungjawabBersama #JASWPLabuan_April_2026

Fail / Media (3)
  • 20261504110830153.jpg .jpg Buka
  • 20261504110837747.jpg .jpg Buka
  • 20261504110856356.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS