PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan ยท Program Pengawasan

RONDAAN DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI DAERAH KUALA MUDA, KEDAH

JAS KEDAH 10/04/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI DAERAH KUALA MUDA, KEDAH
Tahun
2026
Organisasi
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Sungai Petani
Lokasi
Kawasan Perindustrian Ketapang, Kawasan Perindustrian Jeniang, Kawasan Perindustrian Bukit Selambau dan Kawasan Perindustrian Bakar Arang

Penerangan

Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Sungai Petani telah menjalankan penguatkuasaan dan pemantauan pencemaran alam sekitar di Daerah Kuala Muda melibatkan Kawasan Perindustrian Ketapang, Kawasan Perindustrian Jeniang, Kawasan Perindustrian Bukit Selambau dan Kawasan Perindustrian Bakar Arang selain tapak-tapak pembinaan dan hotspot pembakaran terbuka di kawasan Daerah Kuala Muda terutama sekitar Sungai Petani, Sungai Lalang, Gurun dan Bukit Selambau. Pemantauan juga dibuat ke atas buangan sitaan JAS dalam operasi sebelum ini. Keberadaan pegawai JAS di lapangan terutama pada cuti mingguan dapat menghindari kegiatan haram pelupusan buangan terjadual, aktiviti pembakaran terbuka oleh pihak yang tidak bertanggungjawab serta bagi mengesan sebarang aktiviti pelepasan effluen dan pelepasan bendasing ke udara oleh premis-premis yang tidak mematuhi had yang ditetapkan JAS. Jabatan Alam Sekitar mengesa agar orang ramai tidak melakukan pembakaran terbuka terutama semasa musim kering. Selain menyeru kepada orang awam untuk menyalurkan sebarang maklumat dan bekerjasama untuk melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol, 1-800-88-2727 atau secara atas talian melalui http://eaduan.doe.gov.my