Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan,Program Pengawasan

RONDAAN DARAT BAGI OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT) DI DAERAH KULIM DAN DAERAH BALING KEDAH

Oleh hakim.hozali · 10/04/2026 · 0 paparan

Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Kulim telah menjalankan Rondaan Darat bagi Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan pemantauan industri di beberapa lokasi di daerah ini. Sementara itu, pemantauan turut dijalankan di beberapa lokasi yang disyaki melakukan pembakaran terbuka di sekitar Daerah Baling seperti di kawasan Kuala Ketil, Parit Panjang, Kuala Pegang dan Tawar serta beberapa lokasi di Kulim melalui jalan Kulim - Mahang, jalan Kulim - Padang Meha serta sekitar mukim Karangan. Pemantauan yang dijalankan ini adalah bertujuan mengesan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan berlakunya pencemaran kepada alam sekitar dan risiko kesihatan kepada orang awam termasuk pembakaran terbuka, pelupusan haram buangan terjadual, pelepasan efluen dan pelepasan bendasing ke udara oleh premis-premis yang tidak mematuhi had yang telah ditetapkan oleh JAS. Kesalahan pembakaran terbuka boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 29A, AKAS, 1974 dan sekiranya sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada dua puluh lima ribu ringgit (RM25,000.00) dan tidak melebihi satu juta ringgit (RM 1 juta) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima (5) tahun atau kedua-duanya sekali dan boleh dikenakan denda tambahan tidak melebihi lima ribu ringgit (RM 5,000.00) bagi tiap-tiap hari kesalahan itu dilakukan selepas suatu notis diserahkan atau boleh dikenakan kompaun dengan suatu jumlah wang tidak melebihi lima puluh peratus(50%) daripada denda maksimum. Orang ramai adalah diminta untuk menyalurkan sebarang maklumat mengenai aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau emailkan kepada [email protected] atau ke portal aduan Jabatan Alam Sekitar, https://eaduan.doe.gov.my.

Penganjur
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Kulim
Lokasi
Kuala Ketil, Parit Panjang, Kuala Pegang dan Tawar
Fail / Media (8)
  • 20260504100802849.jpg .jpg Buka
  • 20260504100831139.jpg .jpg Buka
  • 20260504100835342.jpg .jpg Buka
  • 20260504100839577.jpg .jpg Buka
  • 20260504100844342.jpg .jpg Buka
  • 20260504100849128.jpg .jpg Buka
  • 20260504100854405.jpg .jpg Buka
  • 20260504100858399.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS