Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

OPS GEMPUR BIL. 1/2026 JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI JOHOR

Oleh nasir.ibrahim · 10/04/2026 · 1 paparan

MAC 2026, JOHOR - Operasi Penguatkuasaan Ops Gempur Bil. 1/2026 oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah dilaksanakan melibatkan 9 cawangan dan unit penguatkuasaan di seluruh negeri termasuk Kluang, Muar, Batu Pahat, Pengerang dan Pasir Gudang. Operasi ini memberi tumpuan kepada pemantauan dan pemeriksaan premis industri bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan-peraturan yang berkuatkuasa dibawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Sebanyak 51 premis telah disiasat sepanjang operasi ini, dengan 23 premis didapati mematuhi keperluan perundangan manakala 28 premis dikenal pasti gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan. Susulan itu, pelbagai tindakan penguatkuasaan telah diambil termasuk pengeluaran 47 Field Citation, 14 Notis Arahan, dua (2) tindakan penahanan operasi kelengkapan, 14 IP Kompaun serta 49 syor Kompaun bagi memastikan tindakan susulan yang tegas dan berkesan. Pelaksanaan operasi ini mencerminkan komitmen berterusan jabatan dalam memperkukuh pematuhan industri terhadap undang-undang alam sekitar di samping meningkatkan tahap kesedaran dan tanggungjawab pihak industri terhadap perlindungan alam sekitar. Usaha ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan kelestarian alam sekitar sentiasa terpelihara demi kesejahteraan bersama.

Penganjur
JAS JOHOR
Lokasi
JOHOR
Fail / Media (9)
  • 20260304151801404.jpg .jpg Buka
  • 20260304151806828.jpg .jpg Buka
  • 20260304151811979.jpg .jpg Buka
  • 20260304151815579.jpg .jpg Buka
  • 20260304151820485.jpg .jpg Buka
  • 20260304151824110.jpg .jpg Buka
  • 20260304151829003.jpg .jpg Buka
  • 20260304151832759.jpg .jpg Buka
  • 20260304151843625.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS