Penerangan
30 MAC 2026, PONTIAN - Pasukan penguatkuasa Unit Penguatkuasaan Industri (JB Barat) telah menjalankan siasatan pada sebuah premis berasaskan makanan.
Tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38a(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dikenakan kepada proses pengeluaran. Didapati aliran air dari cucian lantai telah mengalir masuk kedalam longkang premis yang seterusnya ke longkang awam. Premis perlu memastikan efluen yang terhasil daripada proses pengeluaran termasuk aktiviti cucian disalurkan ke sistem pengolahan efluen perindustrian.
Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan sebarang pencemaran alam sekitar tidak berlaku yang boleh menjejaskan kesihatan awam.