Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

DIDENDA RM30,000 AKIBAT MENJALANKAN AKTIVITI PENGAMBILAN DAN PENGASINGAN BUANGAN SW 110 SISA BUANGAN ELETRIK DAN ELETRONIK TANPA LESEN

Oleh maizah · 10/04/2026 · 1 paparan

1 April 2026 – IPOH, PERAK , Hakim Mahkamah Sesyen Jenayah 2, Ipoh, Perak hari ini telah menjatuhkan hukuman denda berjumlah RM30,000.00 ke atas sebuah syarikat kitar semula logam terpakai dikenali sebagai HD Enterprise kerana telah menjalankan aktiviti pengambilan dan pengasingan buangan SW 110 Sisa Buangan Eletrik dan Eletronik tanpa lesen dari Jabatan Alam Sekitar. Syarikat tersebut telah melanggar peruntukan seksyen 18(1) Akta Kualiti Alam Sekelilling 1974. Pengurus Kilang telah hadir ke mahkamah dengan diwakili peguamnya dan telah mengaku salah terhadap pertuduhan yang dibacakan. Hakim Pn. Ainul Shahrin Binti Mohamad telah menjatuhkan hukuman bersalah terhadap OKS dan didenda sebanyak RM30,000.00. Adalah diingatkan bahawa, mana-mana orang yang menjalankan kerja-kerja pengasingan atau pemerolehan kembali luar tapak bagi buangan terjadual tanpa lesen boleh dituduh di bawah seksyen 18(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada RM 25,000.00 dan tidak boleh melebihi RM 250,000.00 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya. Orang awam diseru untuk melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 yang beroperasi 24 jam sehari atau emel ke [email protected] dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my. #NRES #hariozonsedunia2026 #Beatplasticpollution #jasperak_april2026 #Harialamsekitarsedunia #alamsekitartanggungjawabbersama #perakbumilestari

Penganjur
JAS PERAK
Lokasi
IPOH
Fail / Media (2)
  • 20260304110858686.png .png Buka
  • 20260304110904824.png .png Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS