Oleh carolhumairah · 10/04/2026 · 0 paparan
2 APRIL 2026, KUALA LUMPUR – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah menganjurkan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal EIA bagi membincangkan dua (2) agenda utama iaitu Cadangan Pembangunan 1 Blok Pangsapuri Servis (Kediaman) 42 Tingkat dan Cadangan Membina Sebuah Bangunan Pejabat Enam Tingkat Beserta Empat Tingkat Aras Bawah Tanah. Mesyuarat ini bertujuan untuk menilai laporan teknikal berkaitan impak alam sekitar bagi kedua-dua cadangan projek tersebut secara terperinci. Mesyuarat ini merangkumi penilaian terhadap langkah-langkah mitigasi yang dikemukakan bagi memastikan setiap fasa pembangunan, bermula dari peringkat pembinaan sehingga pengoperasian adalah mematuhi piawaian kelestarian serta tidak menjejaskan ekosistem setempat. Semoga segala ulasan teknikal dan syor yang diputuskan dalam mesyuarat ini dapat dijadikan panduan utama oleh pihak pemaju dalam melaksanakan projek yang mampan. Adalah diharapkan agar integrasi elemen perlindungan alam sekitar ini dapat menjamin kesejahteraan komuniti dan memelihara kualiti persekitaran secara berterusan. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswpkl #alamsekitartangggungjawabbersama
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup