PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Pengawasan · Peralatan ICT/Teknikal

JEMPUTAN KE PROGRAM TEST ACCEPTANCE CRITERIA (TAC) BAGI PENGGANTIAN PERALATAN KOMPONEN SUNGAI DI BAWAH PROGRAM ARP EQMP

JAS WP KUALA LUMPUR 10/04/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JEMPUTAN KE PROGRAM TEST ACCEPTANCE CRITERIA (TAC) BAGI PENGGANTIAN PERALATAN KOMPONEN SUNGAI DI BAWAH PROGRAM ARP EQMP
Tahun
2026
Organisasi
JAS HQ
Lokasi
Kuala Lumpur

Penerangan

2 APRIL 2026, KUALA LUMPUR – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah dijemput untuk menyertai Program Test Acceptance Criteria (Tac) bagi penggantian peralatan komponen sungai di bawah program EQMP. Kerja-kerja Test Acceptance Criteria (TAC) ini melibatkan penggantian peralatan Komponen Air Sungai sedia ada kepada teknologi yang lebih terkini di bawah Program Pengawasan Kualiti Alam Sekitar (EQMP). Pelaksanaan ini melibatkan kerjasama strategik antara Seksyen Kawal Selia Konsesi dan Program Pengawasan (Bahagian Udara), Seksyen Perlindungan Air Sungai (Bahagian Air dan Marin), serta Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri yang berkaitan. Program ini dilaksanakan bertujuan untuk memastikan peralatan cerapan baharu iaitu Multiparameter Sonde YSI EXO2 dan GEOLUX RSS-2-300WL memenuhi spesifikasi teknikal yang ditetapkan serta berfungsi dengan optimum sebelum diterima pakai secara rasmi. Selain itu, ia bertujuan untuk memperkasakan ketepatan data pencerapan di semua Stesen Pengawasan Automatik Sungai demi kelestarian kualiti alam sekitar. Semoga pelaksanaan program TAC ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang telah digariskan. Adalah diharapkan agar pemantapan teknologi pencerapan ini dapat memberikan impak positif terhadap sistem pengawasan kualiti air sungai negara secara menyeluruh. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswpkl #alamsekitartangggungjawabbersama