PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

SIASATAN ADUAN PEMBAKARAN TERBUKA DI CHERAS DAN ALAM DAMAI

JAS WP KUALA LUMPUR 10/04/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIASATAN ADUAN PEMBAKARAN TERBUKA DI CHERAS DAN ALAM DAMAI
Tahun
2026
Organisasi
JAS WPKL
Lokasi
Kuala Lumpur

Penerangan

2 APRIL 2026, KUALA LUMPUR – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah melaksanakan tindakan susulan berhubung aduan awam mengenai aktiviti pembakaran terbuka. Rentetan itu, siasatan di lapangan telah dijalankan di premis kediaman pengadu yang melibatkan dua (2) lokasi utama iaitu Taman Shemelin dan Alam Damai di Cheras. Sehubungan itu, orang awam ditegaskan agar sentiasa mematuhi peruntukan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 serta peraturan- peraturan dibawahnya. Pematuhan ini adalah kritikal bagi mengelakkan sebarang pencemaran alam sekitar yang berupaya menjejaskan tahap kesihatan awam. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswpkl #alamsekitartangggungjawabbersama