PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Mesyuarat

MESYUARAT PENYELARASAN PELAKSANAAN PEMBANGUNAN PROGRAM PENCEGAHAN DAN PEMANTAUAN PEMBAKARAN TERBUKA NEGERI KEDAH

JAS KEDAH 02/04/2026 9 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MESYUARAT PENYELARASAN PELAKSANAAN PEMBANGUNAN PROGRAM PENCEGAHAN DAN PEMANTAUAN PEMBAKARAN TERBUKA NEGERI KEDAH
Tahun
2026
Organisasi
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah
Lokasi
BILIK MESYUARAT JAS KEDAH

Penerangan

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah, Puan Sharifah Zakiah Binti Syed Sahab telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Pembangunan Program Pencegahan dan Pemantauan Pembakaran Terbuka serta Kawasan Lain yang Berisiko Kebakaran bagi Negeri Kedah. Mesyuarat ini bertujuan memperkukuh langkah-langkah strategik dalam menangani peningkatan isu pembakaran terbuka di Negeri Kedah terutamanya ketika musim panas ketika ini. ?Agenda utama mesyuarat tertumpu kepada pembentangan isu-isu semasa berkaitan insiden pembakaran terbuka yang dikesan di seluruh daerah di negeri Kedah oleh JAS Kedah dan juga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Kedah. Perincian mengenai langkah-langkah tindakan bagi mengurangkan kes pembakaran terbuka telah diperhalusi semasa mesyuarat berlangsung dengan kehadiran oleh wakil-wakil daripada Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah, Pejabat Tanah dan Daerah di seluruh negeri Kedah. Komitmen dan kerjasama berterusan daripada semua agensi yang hadir amat penting dalam memastikan keberkesanan pelaksanaan program pencegahan kebakaran terutamnya di zon-zon panas kejadian pembakaran terbuka. Pengarah JAS Kedah juga memaklumkan akan denda yang boleh dikenakan di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang mana denda sehingga RM 1,000,000 atau penjara maksimun lima tahun atau kedua-duanya sekali atas kesalahan pembakaran terbuka. ?Seluruh warga Kedah diingatkan agar sentiasa mematuhi peraturan dan tidak melakukan sebarang pembakaran terbuka bagi menjaga kualiti udara dan kesejahteraan persekitaran negeri Orang awam juga boleh menyalurkan maklumat dan melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 dan http://eaduan.doe.gov.my.