Koleksi Gambar / Mesyuarat

PERBINCANGAN JAS KEDAH BERSAMA KETUA POLIS KEDAH

Oleh hakim.hozali · 01/04/2026 · 4 paparan

Satu perbincangan telah berlangsung antara Pengarah JAS Kedah dan dan Ketua Polis Kedah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah hari ini. Pengarah JAS Kedah, Puan Sharifah Zakiah binti Syed Sahab, hadir bersama Ketua Penolong Pengarah, Encik Mohd Nazri bin Ramli bagi membincangkan isu-isu semasa dan kerjasama antara JAS Kedah dan PDRM. Ketua Polis Negeri Kedah, YDH CP Datuk Adzli bin Abu Shah berharap kerjasama erat antara JAS Kedah- PDRM ini dapat dipertingkatkan. Pertemuan yang berlangsung dalam suasana harmoni ini bertujuan untuk membincangkan ruang kerjasama yang lebih erat antara kedua-dua agensi. Pertemuan ini mencerminkan komitmen jitu kedua-dua agensi dalam memastikan penguatkuasaan undang-undang alam sekitar di Kedah dilaksanakan dengan tegas dan berkesan. Usaha bersepadu ini diharapkan dapat memberi impak positif dalam melindungi khazanah alam dan menjamin kesejahteraan rakyat Kedah secara berterusan.

Penganjur
PDRM
Lokasi
Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah
Fail / Media (2)
  • 20260204094151863.jpg .jpg Buka
  • 20260204094156821.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS