Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

LAPORAN RONDAAN OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT) DI TAMAN PELANGI, BUKIT KATIL, BUKIT SEBUKOR, JALAN TUN KUDU DAN TAMAN MALIM JAYA.

Oleh nursyuhada · 01/04/2026 · 1 paparan

LAPORAN RONDAAN OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT) Tarikh: 26 Mac 2026 Masa: 8.00 malam – 12.00 pagi Lokasi Rondaan: Sekitar Taman Pelangi, Bukit Katil, Bukit Sebukor, Jalan Tun Kudu dan Taman Malim Jaya Hasil Rondaan: 1. Siasatan telah yang dijalankan setelah mendapat aduan daripada Tuan pengarah JAS Melaka berkenaan satu kepulan asap hitam kelihatan berlaku dari arah Kawasan Bukit Katil. 2. Siasatan telah dijalankan mendapati terdapat kejadian pembakaran terbuka berlaku di kawasan Taman Pelangi sehingga ke Bukit Katil yang melibatkan anggaran keluasan terbakar sekitar 10 ekar (maklumat awal). Kebakaran tersebut dilaporkan telah bermula sekitar jam 1.30 petang pada hari yang sama oleh penduduk taman berkenaan. 3. Kerja-kerja pemadaman kebakaran di Taman Pelangi sedang dijalankan oleh anggota bomba yang terdiri daripada Balai Bomba Ayer Keroh, Balai Bomba Bukit Katil dan Balai Bomba Jalan Kubu. 4. Kerja kerja pemadaman kebakaran yang berlaku dikawasan belukar Taman Pelangi masih dijalankan oleh pihak bomba dan di pantau oleh Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Melaka. 5. Rondaan dilakukan di kawasan Bukit Sebukor mendapati pihak bomba dari Balai Bukit katil sedang giat menjalankan kerja-kerja pemadaman kebakaran di kawasan belukar berkenaan. Keluasan kebakaran dianggarkan dalam 4 ekar 6. Kebakaran belukar juga telah berlaku di Jalan Tun Kudu, Bukit Katil dan kerja kerja pemadaman telah dilakukan oleh pihak bomba dari balai bomba Bukit Katil dan api telah dipadam sepenuhnya. Keluasan kebakaran dianggarkan 2 ekar. 7. Punca kebakaran yang berlaku di tiga Lokasi masih dalam siasatan pihak bomba dan dipercayai disebabkan oleh cuaca yang sangat panas.

Penganjur
JAS MELAKA
Lokasi
MELAKA
Fail / Media (4)
  • 20260104092257465.jpeg .jpeg Buka
  • 20260104092303153.jpeg .jpeg Buka
  • 20260104092318434.jpeg .jpeg Buka
  • 20260104092325934.jpeg .jpeg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS