Oleh hidayahbulyan · 30/03/2026 · 1 paparan
RONDAAN DARAT OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT) DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN W.P. LABUAN, 28 Mac 2026 – Pasukan penguat kuasa Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan (JASWPL) telah melaksanakan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) serta pemantauan menyeluruh terhadap punca-punca pencemaran alam sekitar yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Rondaan darat meliputi kawasan strategik termasuk kawasan perindustrian, jeti pelabuhan dan lokasi pendaratan kapal, alur air, taman perumahan, kampung-kampung serta kawasan pantai di sekitar Wilayah Persekutuan Labuan. Hasil operasi mendapati terdapat dua (2) kes pembakaran terbuka di lokasi berasingan. Teguran serta tindakan penguatkuasaan telah diambil terhadap pihak yang terlibat. Selain itu, pemantauan di kawasan perindustrian turut dilaksanakan pada hujung minggu bagi memastikan tiada potensi pencemaran berlaku. Hasil pemeriksaan mendapati tiada kejadian pencemaran atau aktiviti mencurigakan dikesan. Rondaan juga diperluaskan ke kawasan pantai, sungai dan paya bakau bagi mengesan petunjuk pencemaran seperti tar ball, oil sheen dan kesan-kesan lain. Pemeriksaan mendapati tiada tanda pencemaran atau aktiviti mencurigakan di kawasan tersebut. Kesalahan pembakaran terbuka boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM25,000 dan tidak melebihi RM1,000,000 atau penjara sehingga lima (5) tahun atau kedua-duanya sekali. Denda tambahan sehingga RM5,000 bagi setiap hari kesalahan berterusan selepas notis diserahkan juga boleh dikenakan. Orang ramai digalakkan menyalurkan sebarang aduan berkaitan pencemaran alam sekitar melalui: Talian bebas tol: 1-800-88-2727 Emel: [email protected] Portal eAduan: https://eaduan.doe.gov.my #NRES #JabatanAlamSekitar #JASWPLabuan #AlamSekitarTanggungjawabBersama #JASWPLabuan_Mac_2026
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup