Penerangan
13 MAC 2026, KUALA LUMPUR – Satu sesi bergambar sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun 2026 telah berjaya dianjurkan. Sesi ini diadakan di sekitar perkarangan bangunan Mranti dengan penglibatan semua staf Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL). Kesemua warga jabatan tampil anggun dan segak dalam busana Hari Raya yang berwarna-warni, sekali gus menyerlahkan suasana yang meriah, harmoni serta semangat kebersamaan yang utuh dalam kalangan staf.