Penerangan
16 - 17 MAC 2026, KUALA LUMPUR – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah mengadakan sesi kutipan hasil barangan e-waste ke enam (6) lokasi iaitu Masjid Al-Imam As-Syafie (Maluri), Masjid Salahuddin Al-Ayyubi (Taman Melati,Setapak), Masjid Usamah Bin Zaid (Wangsa Maju), Masjid Al-Imam Al-Ghazali (Bandar Menjalara, Kepong), Masjid Ar-Rahman (Pantai Baru) dan Masjid Al-Ikhlasiah (Bukit Kerinchi) serta ke lima (5) sekolah iaitu SK St. Mary, SK Bukit Damansara, SMK Puteri Wilayah, SK Desa Pandan, dan SMK Cochrane. Sesi kutipan ini turut disertai wakil daripada Syarikat Prestasi Mewah Sdn. Bhd. untuk memudahkan proses pemilihan, kiraan serta pengangkutan barangan e-waste daripada institusi masjid dan sekolah.
Program pengumpulan e-waste ini telah berlangsung sepanjang bulan Ramadan, bermula pada 19 Februari hingga 15 Mac 2026. Inisiatif ini dijalankan tanpa melibatkan sebarang pengeluaran atau perbelanjaan daripada pihak masjid dan sekolah. Pihak masjid dan sekolah akan menerima sepenuhnya hasil kutipan e-waste. Langkah ini bukan sahaja kaedah bagi memudahkan komuniti melupuskan barangan e-waste tetapi juga memberi peluang kepada komuniti untuk beramal sambil memelihara alam sekitar.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaswpkl
#alamsekitartangggungjawabbersama