PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

OPERASI BERSEPADU JAS PAHANG BERSAMA AGENSI PENGUATKUASA DALAM OPS KHAS SAMSENG JALANAN

JAS PAHANG 27/03/2026 3 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI BERSEPADU JAS PAHANG BERSAMA AGENSI PENGUATKUASA DALAM OPS KHAS SAMSENG JALANAN
Tahun
2026
Organisasi
IBU PEJABAT POLIS DAERAH KUANTAN
Lokasi
KUANTAN

Penerangan

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pahang di bawah Unit Kenderaan Bermotor telah menyertai Operasi Khas Bersepadu (Ops Samseng Jalanan) yang dilaksanakan bersama Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sekitar bandar Kuantan. Dalam operasi tersebut, JAS Negeri Pahang telah menjalankan sebanyak 23 ujian meter bunyi bising ke atas motosikal bagi memastikan tahap bunyi yang dihasilkan mematuhi had yang ditetapkan. Hasil pemeriksaan mendapati sebanyak tiga belas (13) Notis Arahan telah dikeluarkan di bawah Seksyen 48A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, manakala sembilan (9) kompaun turut dikeluarkan di bawah Peraturan 4(1), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987 di bawah akta yang sama. Pelaksanaan operasi bersepadu ini mencerminkan komitmen berterusan JAS Negeri Pahang dalam memperkukuhkan penguatkuasaan undang-undang alam sekitar, khususnya dalam menangani isu pencemaran bunyi daripada kenderaan bermotor. Pada masa yang sama, operasi ini turut bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan penyelenggaraan kenderaan secara berkala bagi memastikan tahap bunyi yang dihasilkan tidak menjejaskan kesejahteraan masyarakat dan kualiti alam sekitar.