Koleksi Gambar / Mesyuarat

MESYUARAT EIATRC BAGI CADANGAN PEMBANGUNAN LOJI PEMBUATAN SILIKA DI GEBENG

Oleh nuraida.musa · 27/03/2026 · 4 paparan

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pahang telah mengadakan Mesyuarat Environment Impact Assessment Technical Review Committee (EIATRC) bagi cadangan pembangunan loji pembuatan silika di kawasan Malaysia-China Kuantan International Logistic Park (MCKILP), Mukim Sungai Karang, Daerah Kecil Gebeng, Kuantan yang dipengerusikan oleh Encik Shaiful Bakri bin Shamsuddin, Ketua Penolong Pengarah (Pembangunan) JAS Negeri Pahang. Perbincangan memberi tumpuan kepada dapatan dan penilaian Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA), khususnya berkaitan potensi impak terhadap kualiti udara, kualiti air, hakisan dan kelodak, ekosistem setempat serta komuniti sekitar. JAS turut menekankan kepentingan pelaksanaan Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) yang komprehensif, pemantauan berkala serta langkah mitigasi yang berkesan sepanjang fasa pembinaan dan operasi projek. Selain itu, aspek pematuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya turut diberi penekanan bagi memastikan projek ini dilaksanakan secara terancang, terkawal dan tidak menjejaskan kelestarian alam sekitar. JAS Negeri Pahang akan terus memainkan peranan sebagai agensi kawal selia dalam memastikan setiap projek pembangunan dilaksanakan selaras dengan prinsip pembangunan mampan demi kesejahteraan alam sekitar dan masyarakat.

Penganjur
JAS NEGERI PAHANG
Lokasi
KUANTAN
Fail / Media (4)
  • 20262703103155103.jpg .jpg Buka
  • 20262703103206259.jpg .jpg Buka
  • 20262703103216665.jpg .jpg Buka
  • 20262703103236759.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS