PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan ยท Program Pengawasan

RONDAAN MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI NEGERI KEDAH SEMPENA CUTI HARI RAYA AIDIL FITRI.

JAS KEDAH 26/03/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI NEGERI KEDAH SEMPENA CUTI HARI RAYA AIDIL FITRI.
Tahun
2026
Organisasi
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah
Lokasi
Kawasan perindustrian sekitar daerah Kota Setar ,Kubang Pasu , Pendang dan Sik

Penerangan

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah giat menjalankan rondaan dan pemantauan pencemaran alam sekitar di semua kawasan di Negeri Kedah khususnya kawasan perindustrian sekitar daerah Kota Setar ,Kubang Pasu , Pendang dan Sik sempena Cuti Hari Raya Aidil Fitri . Pemantauan ini bertujuan bagi mengesan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan berlakunya pencemaran kepada alam sekitar dan risiko gangguan kesihatan kepada orang awam berpunca daripada aktiviti pembakaran terbuka, pelupusan haram buangan terjadual, pelepasan effluen dan pelepasan bendasing ke udara oleh premis-premis yang tidak mematuhi had yang ditetapkan oleh JAS. Siasatan aduan pembakaran terbuka yang diterima daripada BOMBA turut dijalankan pada hari ini di dua (2) lokasi berbeza. Nasihat, amaran dan edaran risalah larangan pembakaran terbuka juga telah diberikan kepada orang awam di sekitar kawasan yang dironda tersebut. Komitmen berterusan Pasukan Penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah bagi membanteras punca - punca pencemaran seperti pelupusan haram buangan terjadual dapat dikawal dengan sepenuhnya pada tahap sifar bagi memastikan pematuhan yang baik demi kesejahteraan rakyat. Tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab dalam melakukan jenayah alam sekitar dan tidak mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Orang awam juga boleh menyalurkan maklumat dan melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian aduan JAS Kedah 012-4172832 atau talian bebas tol 1-800-88-2727 dan http://eaduan.doe.gov.my.