Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan,Program Pengawasan

RONDAAN MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI NEGERI KEDAH SEMASA HARI CUTI MINGGUAN

Oleh hakim.hozali · 26/03/2026 · 0 paparan

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah giat menjalankan rondaan dan pemantauan pencemaran alam sekitar di semua kawasan di Negeri Kedah khususnya kawasan perindustrian sekitar Kota Setar dan Yan semasa hari cuti mingguan. Pemantauan ini bertujuan bagi mengesan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan berlakunya pencemaran kepada alam sekitar dan risiko gangguan kesihatan kepada orang awam berpunca daripada aktiviti pembakaran terbuka, pelupusan haram buangan terjadual, pelepasan effluen dan pelepasan bendasing ke udara oleh premis-premis yang tidak mematuhi had yang ditetapkan oleh JAS. Hasil rondaan dan pemantauan ini tiada pembakaran terbuka ditemui dan tiada kes-kes pencemaran dan kejadian yang tidak diingini dikesan. Nasihat, amaran dan edaran risalah larangan pembakaran terbuka juga telah diberikan kepada orang awam di sekitar kawasan yang dironda tersebut. Komitmen berterusan Pasukan Penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah bagi membanteras punca - punca pencemaran seperti pelupusan haram buangan terjadual dapat dikawal dengan sepenuhnya pada tahap sifar bagi memastikan pematuhan yang baik demi kesejahteraan rakyat. Tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab dalam melakukan jenayah alam sekitar dan tidak mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Orang awam juga boleh menyalurkan maklumat dan melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian aduan JAS Kedah 012-4172832 atau talian bebas tol 1-800-88-2727 dan http://eaduan.doe.gov.my.

Penganjur
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah
Lokasi
Kota Setar dan Yan
Fail / Media (8)
  • 20262603083121020.jpg .jpg Buka
  • 20262603083126815.jpg .jpg Buka
  • 20262603083130987.jpg .jpg Buka
  • 20262603083135282.jpg .jpg Buka
  • 20262603083139780.jpg .jpg Buka
  • 20262603083145271.jpg .jpg Buka
  • 20262603083151928.jpg .jpg Buka
  • 20262603083157183.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS