Oleh sofea · 25/03/2026 · 0 paparan
JAS terus melakar nama di pentas antarabangsa! Dari 11-13 Mac 2026, Ts. ChM. Dr. Anuar Bin Ishak telah mewakili Malaysia sebagai peserta & panel jemputan di persidangan Better Air Quality (BAQ) 2026. Dalam sesi bertajuk Shared Atmosphere, Shared Responsibility: ASEAN Solutions for Better Air, Malaysia mengupas pendekatan unik Malaysia yang menjadikan kelestarian udara sebagai sinergi pertumbuhan ekonomi dan kemampanan. Antara inti intipati utama yang dikongsikan kepada delegasi antarabangsa: Transisi tenaga hijau negara, transformasi digital sistem pemantauan kualiti udara JAS melalui AI & Big Data. Malaysia juga mencadangkan platform ASEAN Air Quality Data Lake bagi membantu perkongsian data. Selain keperluan penyeragaman piawaian ASEAN dan sokongan pembiayaan hijau harus diperluaskan kepada SME tempatan melalui bantuan berbentuk philantropic dari institusi antarabangsa. Kelestarian alam sekitar adalah amanah dan tanggungjawab sejagat.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup