Oleh charlie · 25/03/2026 · 4 paparan
16 Mac 2026, Bintulu – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Bintulu telah menghadiri Majlis Pra Pelancaran Bintulu Sustainability Awards (BiSA) 2026 yang telah diadakan di Wisma Bintulu. Penganjuran majlis ini merupakan inisiatif awal bagi memperkenalkan satu platform yang bertujuan menggalakkan, mengiktiraf serta mempromosikan amalan kelestarian dan pembangunan mampan di Bahagian Bintulu. Bagi memastikan kelancaran pelaksanaan BiSA, satu jawatankuasa telah ditubuhkan oleh Bintulu Development Authority (BDA) dengan penglibatan JAS sebagai panel penilai untuk melaksanakan proses penilaian sebelum pengiktirafan diberikan kepada para pemenang. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Penaung BiSA, YBhg. Datu Haji Muhamad Yakup bin Kari. Turut hadir ialah wakil-wakil agensi kerajaan, rakan strategik serta pihak media yang bersama-sama menyokong agenda kelestarian di Bintulu. Melalui penganjuran BiSA, pelbagai inisiatif kelestarian yang dilaksanakan oleh pihak industri, agensi kerajaan, institusi pendidikan, komuniti dan individu dapat diketengahkan, seterusnya menjadi pemangkin kepada penglibatan lebih meluas dalam usaha mencapai pembangunan lestari. JAS Cawangan Bintulu komited untuk terus menyokong inisiatif hijau yang berpotensi ke arah memperkukuh agenda pembangunan mampan dan kelestarian alam sekitar.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup